Wednesday, January 22, 2014

menyorok hampir 3 jam kerana meragut



1. Seorang peragut bersembunyi selama tiga jam dalam longkang selepas terjatuh dari motosikal ditunggang abangnya dipercayai akibat panik kerana dikejar orang ramai yang menyedari perbuatan mereka meragut seorang wanita di Lorong Melor di Jalan Mok Hee Tiang di Mentakab.

2. Remaja berusia 17 tahun itu dikatakan terperangkap bersama beg diragut mengandungi wang tunai RM19,000, terpaksa bersembunyi dalam longkang besar berhampiran tempat kejadian sebelum diberkas polis.

3. Dalam kejadian jam 3.45 petang kelmarin, mangsa yang berkerja sebagai penyelia sebuah restoran makanan segera dalam perjalanan memasukkan wang ke sebuah bank berhampiran.

4. Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, Mangsa luka dan calar di lengan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Mentakab.

5. Mujur polis jumpa dulu, kalau orang awam dapat, terus masuk ICU dan dihantar ke forensik. Hidup menyusahkan orang, baik mati

No comments:

Post a Comment