Wednesday, January 22, 2014

BOMBA SATU KERJAYA YANG MUNGKIN KURANG POPULAR TETAPI IA SANGAT DI SAYANGI ORANG RAMAI!!

pendapat saya, kerjaya bomba boleh dianggap hero tak dikenali bagi semua orang, sebab apa? ramai ingat kerjaya bomba ini hanya berkenaan kebakaran dan malapetaka contohnya kemalangan, tetapi hakikat kalau berlaku malapetaka sebegitu, bomba juga yang jadi pertahanan depan untuk masalah-masalah tersebut.

antara kes-kes yang berlaku baru-baru ini, adalah pesawat cassena yang terhempas di empangan batu, batu caves, pihak bomba dikatakan paling awal sampai ketempat kejadian, dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang cedera parah, hebat kan? tetapi ini orang kata hero yang tidak dikenali. itulah kerjaya bomba
 -foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

Pesawat ringan jenis Cessna yang terhempas. --foto Jabatan Bomba dan Penyelamat

kes paling tragis adalah kejadian bot karam di sungai sarawak, dalam kejadian tersebut ramai mangsa yang hilang, tetapi pihak bomba dan penyelamat melakukan kerja tidak kenal erti penat dalam mencari mangsa-mangsa yang dikhuatiri terselamat dalam kejadian tragis tersebut. bukan calang-calang perkhidmatan yang pihak bomba dan penyelamat lakukan, sungai di sarawak dikatakan sungai paling bahaya di dunia, jadi bukan senang ingin menjadi hero yang tidak dikenali ini, itulah kerjaya bomba!!

gambar hiasan

kesimpulan, buat adik-adik yang mungkin terfikir, apa salahnya kalau dalam keluarga kita ada yang meminati kerjaya bomba ini, jangan pandang enteng, kerana mereka ini bila diperkukan orang dah cukup bersyukur adanya bomba, masa kita kecil perkataan paling senang nak ingat kalau rumah terbakar panggil bomba, tetapi hakikat ramai tidak nampak dengan menjadikan kerjaya bomba ini adalah satu nilai hebat bagi entiti jati diri dan menjadi hero tidak dikenali.

No comments:

Post a Comment